Tuesday 22 May 2012

Fun with Mathematics [Slide Presentation]

Integers

     

View more presentations from Sofia Amir.

Fun with Mathematics

Berikut adalah satu permainan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Permainan ini dinamakan sebagai 'Draw in rows' dan kami mengambil tajuk Integers. 




Secara tradisi, pelajar belajar berpandukan buku teks dan dibimbing oleh guru-guru semasa di sekolah. Apabila meningkat dewasa, malangnya ramai yang tidak menyedari bahawa segala ilmu yang dipelajari digunakan sepanjang hayat. Situasi ini mungkin disebabkan oleh pelajar belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Kejayaan bagi seorang guru ialah apabila pelajar memahami apa yang diajar. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami, apabila guru mengajar sesuatu topik dalam situasi yang menyeronokkan, pelajar akan mudah mengingatinya. Untuk membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan, guru seharusnya melakukan aktiviti seperti kuiz, permainan dan sebagainya.

Kami telah memilih satu tajuk dalam bab Integer Tingkatan 1 iaitu menukarkan perkataan kepada nombor integer samada negatif atau positif. Dalam soalan penyelesaian masalah yang melibatkan penambahan dan penolakan integer, pelajar sering melakukan kesilapan terutamanya dalam menaksir ayat matematik tersebut. Sebagai contoh:
Sebuah basikal bergerak  dari suatu simpang empat ke arah utara. Kemudian, ia bergerak  ke selatan, dan akhirnya bergerak lagi  ke arah selatan. Berapakah jauh basikal tersebut dari simpang empat itu?
Kebanyakan pelajar masih keliru dengan penggunaan integer positif dan negatif untuk arah utara dan begitu juga arah selatan.

            Jadi, kami telah mencipta satu permainan yang dipanggil Draw in Rows untuk mengatasi masalah kekeliruan pelajar. Konsep permainan in diilhamkan daripada salah satu rancangan realiti, Running Man yang popular di Korea Selatan.

            Permainan Draw in Rows memerlukan bilangan pelajar yang sama banyak dalam satu barisan. Pemain pertama akan diberi satu ayat dan dikehendaki menukarkan ayat tersebut dalam bentuk lukisan. Misalnya, mereka diberikan ayat

            Kapal selam tersebut berada dua puluh meter di bawah aras laut.
Jadi, pemain pertama berkemungkinan akan melukis kapal selam seperti di bawah.

Kemudian, pemain pertama akan menunjukkan lukisan mereka kepada pemain kedua. Pemain kedua akan mengenal pasti lukisan tersebut dan melukisnya semula dan begitulah seterusnya. Pemain terakhir dikehendaki menulis satu nombor positifatau negatif berdasarkan lukisan tersebut. Jadi jawapan yang betul bagisoalan di atas ialah -20 m.

Selepas permainan ini berakhir, kami mengharapkan pelajar dapat mengaplikasikan ilmu ini apabila berhadapan dengan soalan integer yang melibatkan operasi. Kesimpulannya, proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih berkesan apabila guru mengajar dalam situasi yang menyeronokkan.